Guilding block atau tactile surface merupakan blok-blok yang dibina pada permukaan lantai mengikut susunan tertentu yang memberi panduan kepada OKU penglihatan untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat tertentu dengan selamatnya.
Ia patut dibina di tempat-tempat tertentu iaitu:-
Blok berbentuk dot memberi amaran kepada OKU penglihatan akan kemungkinan wujudnya bahaya di hadapannya seperti terdapat kawasan lalu lintas, laluan masuk/keluar, tangga atau sebarang halangan di hadapan seseorang itu. Blok berbentuk dot juga digunakan untuk menandakan terdapat pertukaran arah pada laluan yang diikuti. Apabila OKU tersebut berada atas blok tersebut, dia akan berhenti langkahnya dan meneroka sekelilingnya sebelum terus berjalan. Hal ini adalah untuk mengelak diri seseorang itu daripada menimpa kecelakaan.
Manakala blok berbentuk garisan pula memberi panduan kepada OKU penglihatan untuk berjalan dari satu tempat tertentu ke satu tempat yang lain dengan mengikuti susunan blok tersebut.

- di hadapan kawasan lalu lintas
- di hadapan laluan masuk atau keluar
- apabila terdapat tangga atau tangga bergerak
- laluan menuju ke sesebuah bangunan
- laluan dari sesebuah bangunan ke perhentian pengangkutan awam